CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 30, 2011

.Tajuk Tak Tahu 2.

Bila kita dah lama tinggal di tempat orang dan hanya pulang ke rumah sendiri sekali sekala;
Bila balik pun cuti rasa sekejap je;
Kita tak rasa apa-apa yang berbeza dari sebelum kita merantau.

Bila kita pulang ke rumah sendiri untuk jangka masa yang lama;
Hanya duduk di rumah dan sangat jarang keluar rumah;
Kadang-kala kita rasa banyak benda yang dah berubah.
Perkara yang dirasakan berubah itu mungkin perkara baik;
Tetapi boleh juga perkara yang kurang baik;
Jika perkara kurang baik;
Boleh ke kita terima dengan baik?

Kadang kala seperti tidak mengenali keluarga sendiri;
Kadang kala seperti anak yang paling tidak digemari;
Kadang kala seperti anak yang paling hina sekali.

Bila kita seorang sahaja anak yang tinggal;
Kadang kala semua benda yang tak kena, anak itu yang kena;
Walhal salah orang lain.

Bila ingin mengutarakan pendapat;
Kadang kala pendapat itu disalah ertikan;
Dikatakan memberontak, melawan;
Adilkah?

Kadang kala kita dikatakan sudah besar;
Tetapi masih dilayan seperti budak;
Sampai bila?

Bila kita memilih menjalani hidup berbeza dari anak yang lain;
Berbeza dari apa yang diharapkan;
Kadang kala kita dilayan seperti semua yang kita lakukan itu salah.

Mungkin perkara ini tidak berlaku bagi semua orang;
Mungkin hanya berlaku bagi segelintir orang;
Mungkin juga hanya berlaku pada seorang saja di dunia ini.

Orang itu terlalu sensitif? Mungkin.
Tetapi mungkin juga keadaan keluarga itu sendiri;
Membuatkan orang tersebut terasa sebegitu;
Membuatkan orang tersebut suka memendam.


*saya suka nangis dan saya pendam perasaan..belum sepenuhnya dapat ubah sikap itu..sila jangan paksa..*


0 critics: