Lately, semua benda rasa tak kena.
Entah la.
Tak tahu kenapa.
Kadang-kadang rasa nak marah.
Kadang-kadang rasa nak menangis.
Kadang-kadang rasa nak mencarut.
Kadang-kadang rasa nak menyepak sesuatu.
Kadang-kadang rasa tertekan sangat.
Kadang-kadang rasa tersentap.
Kadang-kadang cepat terasa.
Banyak benda nak kena buat.
Rasa macam tak cukup masa.
Niat dihati tak nak menyusahkan seseorang tu.
Tapi akhirnya menyusahkan orang tu juga.
*Teruk betul aku ni. Bukan kau seorang sahaja yang penat, banyak kerja. Orang tu lagi penat, lagi banyak kerja. Yang kau menyusahkan dia tu kenapa?*
Diri ini rasa dah tak kuat macam dulu.
Dulu boleh handle lagi dengan tekanan-tekanan.
Sekarang rasa macam bahu ni berat sangat.
Dulu senang nak menerima perubahan.
Sekarang rasa susah sangat nak terima.
Dulu senang sikit nak memahami perubahan itu.
Sekarang asyik nak terasa sahaja bila hati ini dah susah nak terima.
Dulu tak mudah sentap.
Sekarang senang sangat nak sentap dengan orang disekeliling.
Dulu semua benda senang nak masuk dalam kepala ini.
Sekarang nak masuk satu benda dalam kepala ini pun susah.
Dulu senang nak kawal perasaan.
Sekarang mudah betul nak 'hujan'.
Dan banyak lagi "Dulu itu, Sekarang ini"
Apa nak buat sekarang?
*4 Mac 2011: dapat anak buah baru*







0 critics:
Post a Comment