CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 31, 2011

.Saya hantu. Awak?.

Semua orang akan jadi 'hantu' masing-masing.
Tak percaya?
Sila percaya.

Saya sendiri ada 4 jenis 'hantu'.

1. Hantu Chocolate
 
 
Sangat suka makan coklat.
Kalau bagi saya coklat bar yang paling besar hari ini, hari ini juga saya boleh habiskan.
Tapi sebab sayang kalau habis cepat-cepat, jadi akan makan perlahan-lahan.
Nanti lambat sikit habis.
Takkan nak beli coklat hari-hari.
Se'hantu' macam mana pun, duit kena simpan.
hehe

2. Hantu Shopping
 
 
Pantang ada sale.
Mesti nak tengok.
Untuk 'hantu' ini kena berhati-hati.
Part yang ini duit memang kena berjaga.
Kalau ikut nafsu sangat memang duit akan cepat melayang.
Alhamdulillah, sekarang boleh tahan nafsu 'hantu' ini.
Walaupun 'hantu' tapi agak cerewet dalam membeli. 
hehe

3. Hantu Movie
 
 
Ada movie baru keluar mesti nak tengok.
Agak menjadi-jadi 'hantu' ini sejak umur 19 tahun.
Kalau tidak dapat tengok di panggung, akan cari sesiapa yang download filem tersebut.
Kalau sanggup keluarkan duit, beli DVD.
Kalau tak dapat juga, tunggu keluar dekat Star Movie.
hehe

4. Hantu Blogwalking


Walaupun blog saya kadang kala tidak terusik, tetapi saya akan tinjau blog-blog lain.
Setakat ini, setiap hari akan blogwalking kecuali kalau ada kekangan masa atau tidak ada access internet.
Selain daripada itu akan dipastikan untuk tinjau blog-blog.
Blog-blog yang pasal shopping juga akan dijenguk walaupun terpaksa menahan diri.
hehe

Setakat ini, 4 jenis 'hantu' ini sahaja yang dapat dikesan. hehe
Mungkin ada lagi lepas ini yang akan dikesan.
Siapa tahu? =)


*entry kali ini hanya untuk suka-suka setelah lama tidak post entry mengenai diri sendiri..hehehe*



0 critics: