CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 30, 2011

.Etika Copy and Paste.

Fuyooh..
Copy and Paste pun ada etika ke?
Hehe..

Rutin setiap pelajar.
Kalau buat tugasan tanpa 'copy and paste' ni agak susah untuk percaya.
Kalau tak 100% pun dalam 0.01% mesti ada.
Saya pun ada juga kadang-kadang.
Tidak terkecuali. hehe

Tetapi jika saya ingin 'copy and paste' saya akan memastikan 4 perkara.
Etika yang saya sendiri buat.
Jadi, ini hanya pandangan saya sendiri.
Jangan cepat melatah untuk mengkritik saya.

1. Fahami sumber.
Fahami setiap ayat supaya kita faham apa yang kita nak 'copy and paste' itu. Kalau kita faham. kita tambah ilmu kita kan. Bila kita faham, tidak la kita 'copy and paste' perkara yang tak berkaitan dengan tugasan kita. Betul tak?

2. Jangan tiru bulat-bulat.
Kita jangan salin bulat-bulat. Seperti yang saya katakan di atas, supaya kita tak salin perkara yang tidak berkaitan dengan tugasan kita. Kalau kita salin bulat-bulat, memang nampak kita yang meniru sebab orang akan senang detect siapa yang meniru siapa.

3. Dapatkan banyak sumber.
Bila kita ada sumber yang banyak, kita boleh dapat lebih banyak maklumat. Lepas tu boleh la kita selang seli apa yang kita nak 'copy and paste' tu. Jadi, tak nampak sangat la kita ni cuma menyalin sahaja.

4. Ubah ayat.
Maksud di sini, kita ubah struktur ayat tetapi tidak mengubah makna ayat tersebut. Dari sini kita sendiri akan tahu samada kita benar-benar paham atau tidak.

Itulah 4 perkara yang saya akan lakukan.

Kesimpulannya di sini, tidak baik 'copy and paste' bulat-bulat ini. 
Sebaik-baiknya jadikan sumber itu sebagai rujukan.

Ini hanyalah pandangan saya sendiri.
Ini juga hanya apa yang saya akan pastikan saya lakukan.
Saya tidak cakap saya ini baik, tetapi saya cuba untuk lakukan perkara yang baik.




*agak-agak tidak ada kan pensyarah yang baca blog saya ni..kalau ada bocor sudah rahsia..hehehe*




0 critics: